LOVE AFFAIRS

LOVE AFFAIRS

Wednesday 30 November 2011

DUGAAN, UJIAN, CUBAAN???

Sudah menjadi lumrah bagi pasangan yang telah berumahtangga untuk mengukuhkan ikatan dan perasaan yang terjalin dengan kehadiran cahayamata secepat yang mungkin. It goes same for me.. Almaklumla, dah dekat setahun setengah kawin tapi belum ada tanda2 untuk mendapat berita gembira tu.. Tak dinafikan perasaan kecewa pasti ada setiap kali kami gagal untuk mendapat berita gembira tu.. However, I'm very lucky because I have a very understanding hubby who will never stop to give suport in anything that I do.. Love u sayang..

So, cukupla dengan sob sob story tu.. Back to the main objective of posting this post.. Kat bawah ni ada beberapa amalan yang boleh diamalkan bagi pasangan suami isteri di dalam usaha untuk mendapatkan cahayamata.. Let's gooo....

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: 

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”


Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: 

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”



AMALAN-AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
  1. Baca Bismillah 1 kali.
  2. Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali. 
  3. Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali.
  4. Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat).
  5. Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.
  1. Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  2. Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
  3. Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  4.  Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf/surah Maryam setiap hari. Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
p/s  : Sama-samalah kite cuba ye.. Jangan lupa, Allah sentiasa menguji hamba yang disayangiNya dan Allah juga takkan uji hambaNya di luar kemampuan.. Good luck, take care and see u again..