LOVE AFFAIRS

LOVE AFFAIRS

Wednesday, 25 December 2013

YEAR END HOLIDAY vs YEAR END SALE

Assalamualaikum and good day guyssss...

Tak sangka ye lagi beberapa hari dah nak masuk tahun 2014.. Rasa macam sekejap betul la.. Well, I must get used to the terms "time is running out"!!!

Bila dah hujung tahun ni mulala fikir nak cuti dan shopping.. Dua aktiviti yang sangat sinonim dengan hujung tahun.. 

CUTI??? sangatla best!!!

SHOPPING?? lagila sangat sangat sangat sangat sangat besttt!!!!

SOGO - Sale sentiasa!!!
Kesimpulannya, shopping adalah aktiviti yang paling BEST!!

p/s : Sila setuju dengan saya.. Peace!!! and Choww!!

Wednesday, 25 September 2013

AMALAN UNTUK TEMUDUGA

Assalamualaikum......

Good morning, we meet again.. Hope that you will have fantabulous day..

Hari ni, my BIL (brother in law) ada interview session untuk jawatan kerajaan. Hope that his session will be smooth.. Aminnnn...

Cerita pasal interview ni, tetibe teringat masa saya nak interview untuk jawatan TETAP dulu.. Memang nervous nya tak boleh disorokkan lagi la.. But, what I do is take a deep breath and relax.... Then, baca ayat-ayat seperti berikut:-
  1. Doa Terang Hati;
  2. Bismillah 33x;
  3. Selawat 7x;
  4. Al-Fatihah 3x;
  5. Ayat Kursi 3x;
  6. Ayat Seribu Dinar 3x;
  7. Ayat Memohon Rahmat Allah 3x;   
    • “Rabbana la tuzi’ qulubana ba’da izhadaitana, wa hablana min ladunka rahmah. Innaka antal wahhab.”         …..Ya Allah, janganlah Engkau gelincirkan hati kami setelah Engkau beri hidayah kepada kami, dan berikanlah kepada kami daripada sisiMu rahmat kasih sayang yang banyak. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang memberi segala-galanya…
  8.  Selawat Fatih 11x:

Lepas tu mohon kepada Allah S.W.T supaya dipermudahkan segala urusan temuduga.. Insyallah, akan dipermudahkan...

p/s  :  Good luck to my brother in-law..... Peace.. :)
Assalamualaikum.......

Alhamdulillah.. First of all, bersyukur kepada Allah S.W.T di atas segala nikmat yang diberikan. Lama sudah tidak menge'post'.. Dek kerana kekangan masa dan tugas yang bertimpa-timpa.. Well, what to write ye?? Jadi ustazah jap la hari ni memandangkan hari ni dapat gaji.. hehe..

Sedikit flashback, i've start my work as Admin Exec cum Personal Assistant to the GM in June 2008 - June 2009. Masa ni, gaji takla besar mane pun tapi until today i'm still wondering how can i survive with that little salary?? Bukanla kata tak pernah dibantu tetapi boleh dikira la jumlah 'mintak nyawa' kat orang tu..

Jun 2009 until now, i work as Admin Officer (Assistant Registrar) yang gajinya boleh tahan. Alhamdulillah..... But still, my wonders didn't come into conclusion until one day, jeng jeng jeng.... Keep on reading ye kengkawan......

Ada satu ceramah yang berkaitan berbuat baik kepada ibu bapa. Bila dengar je ceramah ni, terus rasa seperti segala soalan yang bermain di fikiran selama ni terjawab sudah. Antara kandungan ceramah tu ialah banyak kebaikan yang akan diperolehi bila seorang anak berbuat baik (IHSAN) kepada kedua ibu bapanya. The one that i want to highlight is this:-

"Bila seorang anak menyenangkan hati dan fikiran kedua ibu bapanya, Insyallah akan dipermudahkan segala urusannya, berkat doa dari kedua ibu bapanya"

Salah satu amalan yang selalu diamalkan sejak mula bekerja adalah saya tidak pernah lupa untuk memberikan wang belanja kepada kedua ibu bapa saya. Tidak kiralah berapa yang diberi, yang penting keikhlasan dan ingatan terhadap mereka adalah lebih berharga. Ibu bapa saya tidak pernah meminta apa-apa daripada anak-anaknya dan saya percaya semua ibu bapa di dunia ini sama seperti itu. Walaupun begitu, kesedaran saya sebagai anak yang membuatkan saya mengganggap perkara ini sebagai kewajipan dan tanggungjawab saya.

Sehingga sekarang, saya dapat merasakan keredhaan dan ketenangan yang diinginkan berkat saya berbuat demikian. Percayalah, kita akan nampak sinar kebahagiaan terpancar di wajah ibu bapa kita tatkala kita menghulurkan wang belanja tersebut. Perkara yang sama telah saya tekankan kepada mereka yang ada disekeliling saya kerana saya mahu berkongsi kebahagian tersebut.

 p/s : Kepada kawan-kawan yang belum mengamalkan, silalah berbuat demikian ye.. Insyallah, anak-anak kita nanti akan berbuat yang sama pada kita pada masa akan datang.. Mudah-mudahan...