LOVE AFFAIRS

LOVE AFFAIRS

Sunday 14 September 2014

AUSSIE THE SECOND - PART 1

Assalamualaikum Wbt & Good Morning U Ollsss....

Fuhhhh.... At last, setelah berperang dengan kehidupan seharian dan diri sendiri, digagahkan juga untuk mencoret di blog yang agak lama kene tinggal ni.. Hihi..
Sebelum pengalaman di Aussie dicoretkan dengan lebih lanjut.. dan disebabkan group yang pergi ni ada golongan VVIP which is Mr. Abu Talib Sulaiman and Mrs. Ruzita binti Zuli aka my parents, sila lihat preparationnya.. Fuhhh lagi..

Checklist di bawah perlu disediakan bagi memastikan perjalanan berjalan dengan lancar:-
  1. Maklumat Tempahan Penerbangan;
  2. Dokumen Perjalanan - Passport & Visa;
  3. Bekalan Makanan;
  4. Tempahan Penginapan & Kenderaan;
  5. Keperluan Kewangan;
  6. Jadual Perjalanan.
Cukupla dulu, skema sangatla ayat kat atas tu.. Ok, shoot...

Setelah setahun lebih tiket flight untuk ke Sydney dibeli, finally the time has come.. Excited excited excited... Tido pun tak nyenyak ni.... Nampak tak berkepok-kepok duit RM nak convert ke $AUD.. Tapi bila dah tukar, jadi nipis je.. Almaklumla, currency $AUD 1.00 = RM3.02. So,dengan rasa berat hati, tukar jugaklahh.. Uwaaa!!!!
Erkk.. ok abaikan paparan di monitor.. fokus pada duit yang berkepok tu je ye. hihi

 Nampak tak rombongan Cik Kiah kat atas tu?? Tu tak masuk semua tu.. Hihi

Flight kami pukul 10.00 pagi tapi pukul 5.00 pagi dah gerak ke airport.. Giler awal bangun tido.. Giler Excited!! Hihihi..

Snap ketika sedang menunggu check in flight

Inilah VVIP nye.. Masa senyummm kemain lagi yee..

Kami lagi.. Sebelum tidur dalam flight.. Hihi..
 Baiklah.. Sila saksikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kami semasa dalam flight.. Lama tuuu.. 6 jam hokeh.. Fuhhh lagii.. Dan sesungguhnya POSING itu wajib... kihkih..







Ini adalah gambar candid - budak yang excited nak tengok wawan (yang bermaksud awan)

Ini gambar candid juge.. ye ye je main tab.. huh, budak2 zaman sekarang

Ok, sila sambung cerita dalam next entry ye.. Chow!!

Sunday 6 July 2014

BAJU RAYA TO BE??

Assalamualaikum Wbt. & Good Morning...

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-9 umat Islam berpuasa ye?? Seriously, tak berapa rasa sangat.. Maybe sebab banyak kerja dan cuaca yang redup kot.. Alhamdulillah.....

Biasala kan, kalau cerita pasal puasa je, mesti akan dikaitkan dengan raya kan?? Honestly, every year I will be the one who have the most excited feeling especially when it comes to Hari Raya.. Tak kisahla Raya Puasa ke Raya Haji.. Hehehe...

Well, perempuan memang akan buat preparation yang rapi pasal ni. Lagi-lagi plak preparation baju raya.. hahaha.. Take me for example, baru puasa ke-9, baju raya dah ready dah.. Tengok kat bawah ni...



Hehehe.. VOGUE kannnn??? Cuma belum decide nak pakai mana dulu je.. Pening jugak nak pilih ni.. Actually, ada lagi baju lain tapi tak snap gambar plak..

FYI, total baju baru saya adalah sebanyak 12 pasang semuanya tapi takla semua dibuat baju raya.. Campur-campur dengan baju kerja.. Tapi kalau semua nak dibuat baju raya pun apa salahnya kannn... hehehe.. Good Idea!!! Brilliant!!

Ok Bye.. Selamat Berpuasa.. :)

Sunday 1 June 2014

ALFATIHAH - DARIPADANYA KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA KEMBALI

Assalamualaikum Wbt & Hi Guys..

Tanggal 30 Mei 2014 (Jumaat), lebih kurang jam 6.40 pagi, nenek kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah. Satu-satunya nenek yang sangat baik dan sporting dengan cucu-cucunya. Saya adalah antara cucu yang amat rapat dengannya. 


Flashback - 17 Ogos 2013


Hari ini dah masuk 3 hari pemergian allahyarhamah, terasa beliau masih ada di sekeliling saya. Sesungguhnya, saya sangat rindukan allahyarhamah..

Teringat bila celebrate birthday family members pada bulan Mei di Senibong. Itulah kali terakhir keluar celebrate ramai-ramai dengan family.



Birthday Celebration - 24 Mei 2014
Antara memori yang sempat dirakamkan, sayu hati ini bila melihat senyuman atok, tak dapat la kakngah nak tengok senyuman tu lagi lepas ni.. Hanya doa, Alfatihah dan Yassin yang dapat kakngah kirimkan.. Semoga atok tenang dan damai di sisi Nya..


"Ya Allah, Ya Tuhanku.. Kau ampunkanlah dosa nendaku - Kamsiah binti Ta'am.. Kau permudahkanlah segala urusannya.. Kau terimalah segala amalannya.. Kau peliharalah dia dari seksa dan azab kubur.. Kau jauhkanlah dia dari Api NerakaMu Ya Allah.. Kau tempatkanlah nendaku di tempat tertinggi di sisiMu.. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku bermohon.. Dan sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.. Aminnn...."

Wednesday 28 May 2014

HAPPY 4TH WEDDING ANNIVERSARY

Assalamualaikum Wbt & Hello..

Finally, today is THE DAY!! yeehaaaaa!!! 

Alhamdulillah, 4 tahun sudah usia perkahwinan saya dan suami. Sekejap je rasa.. Biasala kan, bila ada event macam ni, mestila nak prepare present. Tapi, punyela susah nak cari hadiah yang sesuai untuk lelaki ni.. Suami saya punyela MITHALI sampai taknak hadiah, cukuplah apa yang ada - katanya... Hihihi..

Tapi tak syokla kalau takde hadiah kan?? Nak tau saya belikan ape untuk suami MITHALI saya tu?? hehe.. Tengokla gambar di bawah......


PRESENT FOR MY BELOVED HUBBY
SELEPAS DIBUKA SAMPUL HADIAHNYA















BOUQUET OF FLOWERS

Maybe ada yang berpendapat, simple sangat kan hadiah yang saya bagi ni.. Tapi sesungguhnya perfume tu adalah simbolik untuk flashback perfume yang kami hadiahkan dalam hantaran kami.. We both so in love with the fragrance.. Alhamdulillah, he love it..

Mesti ada yang tertanya-tanya kan apa yang suami saya berikan kepada saya.. hihihi.. 

This is it!!!
Haaaa... jangan tak percaya plak.. I dapat ipad air u ollsss!!! I love ittt!! Thanks sayang..

Sedikit ucapan kepada suami kesayangan saya sempena anniversary kami:
"Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang keempat, Semoga ikatan ini terus dirahmati dan diberkati Allah. Mungkin ayang bukan isteri yang terbaik di dunia tapi abang adalah suami yang terbaik untuk ayang SELAMANYA..I Love you so much sayang."

p/s : Kesimpulannya, saya dan suami masing-masing dapat dua hadiah.. Adil kan?? hehehe..

Sunday 25 May 2014

PRE WEDDING ANNIVERSARY GIFT

Flashing back to 28 - 30 Mei 2010

Assalamualaikum Wbt and Good Day Guys..

Its our 4th year wedding anniversary on this coming Wednesday. As usual, masih pening memikirkan hadiah untuk diberikan kepada suami tersayang.. Susahla nak cari present untuk lelaki ni, tak kirala untuk birthday ataupun anniversary. However, saya bagi pra hadiah dulu sebelum jumpa hadiah yang sebenar. 

Ape hadiah nye?? Of course la picture collage kat atas tu.. hahaha.. senangnye kalau bagi pic collage tu as wedding anniversary present kan?? Don't worry, tu hanya sementara je.. 

Dah jumpa hadiah sebenar nanti, i update ye.. hahaha.. Chowww..

Sunday 11 May 2014

SAYA LULUSS!!! YEEHAAAA!!!

Last April (8, 9 dan 10 April 2014), saya telah ambil peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan pengesahan jawatan. Masa tu memang nervous giler, maklumla dah lama tak exam kan?? Menakutkan je nama EXAM tu.. Padahal takde ape-ape pun.. hahaha.. Paper yang saya ambil ada 3 which is:
  1.  Kertas 1 - Pengurusan Universiti & Perlembagaan Malaysia
  2.  Kertas 2 - Syarat Perkhidmatan
  3.  Kertas 3 - Peraturan Kewangan
Untuk makluman, ketiga-tiga paper tu bukan jenis exam open book ye especially untuk Pegawai Pengurusan dan Profesional..
Hari ini (11 Mei 2014) dah tau keputusannya..

Alhamdulillah... Sukacita dimaklumkan bahawa saya telah lulus dengan cemerlang (lulus dengan cemerlang tu tambahan dari saya -  just to reward myself).. Status final dia cuma LULUS je.. Lulus Ketiga-tiga paper okkk..... Hehehehe...

Thanx to all who prays for me.. Really appreciate it!! Chow......

p/s : Please keep on pray for me ye. TQVM.

Wednesday 7 May 2014

ME AS A VIRGO GIRL

GIRLLL??? Erkkk.. Whateverrr..
Jumpa artikel ni tentang wanita VIRGO, which is me!!!! Not sure if everything is match with me, why dont you tell me?? Personally, most of it is matched with me.. hehehe

 
Penampilan wanita virgo hampir serupa dengan wanita leo , wanita langsing yang mampu bergerak dengan penuh percaya diri dan anggun. Wajahnya memiliki struktur seperti telur yang bundar dan jika berbicara suka memandang terus ke wajah seperti sedang menyelidiki sesuatu. Dia bukan orang yang suka berpura2 dan selalu mengatakan apa yang difikirkan secara terbuka.

Wanita berzodiac virgo suka berjalan dengan cepat. Dan akan selalu berusaha untuk menjadi sempurna, tampak sempurna dan merasa sempurna (miss perfectionis) walaupun kesempurnaan seperti itu tidak pernah ada. Dia juga sangat berhati2 dalam memilih pakaian.
 
Dia sangat cerdas dan mudah putus asa menghadapi rintangan, dia suka lelaki cerdas yang mampu mengimbanginya, jika anda adalah lelaki kaya yang agak sempoi, lupakan je dia. Dia bukanlah orang yang posesif atau cemburu buta tetapi inginkan pebghormatan dari orang yang dikasihinya, jadi jika anda bercinta dengannya jangan cuba mengurat wanita lain dihadapannya dia akan segera meninggalkan anda, anda tak menghormatinya. Dian dia tidak menyukai hubungan yang bersifat sementara.
 
Jika dia menemukan jejaka idamannya, dia tidak akan pernah meninggalkannya. Jika dia tidak menyukai anda, maka dia akan berusaha menjaga jarak. Dia juga berusaha berdisiplin untuk bertindak dengan wajar dan sesuai. Dia tidak suka dan tidak akan tahan dengan bahasa yang kasar dan kotor, apa lagi sumpah serapah kerana dia seorang yang lembut.
 
Dia suka lelaki yang gentlemen yang akan membukakan pintu untuknya, dia ingin merasa dilindungi dan ketika seorang lelaki mengambil tugas ini, dia merasa sudah menjadi wanita sepenuhnya. Dia akan mengingat mengenai orang lain dan dirinya dengan amat baik sekali, jarang dia melupakan apa sahaja yang berlaku dalam hisupnya, jika sakit hati dia akan sangat lama menyimpannya. Dia juga mampu menjaga rahsia, anda dapat mempercayainya dalam hal ini.
 
Wanita virgo juga suka dengan bau2an yang wangi dan ringan, dia sangat menjaga kecantikannya, maka dia akan sangat teliti dalam memilih sabun yang sesuai dengan kulitnya, jangan komplen tentang kebiasaannya itu kerana hal ini adalah kebahagiaannya menjadi pakar kecantikan bagi dirinya sendiri.
 
Dia bukannya malaikat tanpa cela, kerana terkadang dia akan menjadi sangat keras hati , bagaikan waja. Meskipun dia senang putus asa, dia tidak akan pernah menangis kerananya. Dia adalah seoraang yang pemalu, maka jika dia berbicara di hadapan orang ramai dia akan menjadi sangat gugup, walaupun dia dapat berjalan dan berbicara dengan penuh percaya diri.
 
Dia hanya mencari cinta sejati, bukan hanya sekedar cinta. Paras rupa bukan ukuran pada dirinya dalam melihat pasangan hidupnya, dia juga suka beranggapan bahwa tidak ada orang lain yang lebih kemas dan efektif daripada dirinya, kadangkala membuat anda bosan dengan perangainya itu.
 
Dia menyukai kata2 manis, tetapi kadang2 dia lepas dalam berbicara dan mengatakan sesuatu yang tidak anda sangka bahkan tidak dapat anda terima ketika dia sudah berhenti marah dia akan lupa apa yang baharu sahaja dia katakan. dan kembali menjadi seorang insan yang paling baik macam malaikat. Jika berdating dengannya baik anda tepati masa.
 
Bunga dan rayuan manis akan membuatnya merasa tenang,jika anda ingin meminta maaf lakukan secara langsung dan tidak berbelit2. Jangan membuat permintaan yang melarut2 tak tentu pasal dan membosankan, dia akan segera meninggalkan anda keesokan harinya.
 
Dia suka kekasihnya atau suaminya tampil kemas dan menarik, dia sangat menitik beratkan semua hal terutama mengenai wang. Jangan membuatnya berfikir bahwa dia kelakar atau melawak seperti badut. Pada masa berkenalan dengannya jangan banyak menjeling wanita lain, dia akan segera tinggalkan anda. Dia juga seorang yang sangat menjaga tatasusila.
 
Dia sangat menyukai buku, wayang dan muzik, dan juga suka mengkritik penampilan orang lain. Dia boleh dikatakan sebagai pengkritik yang hebat dari hal yang sekecil2nya sampai kepada hal yang sebesar2nya dalam kehidupan. Misalnya rambut, cara berjalan, cara berpakaian, makeup, dan lain2. Jika anda jatuh cinta padanya usahakanlah menjadi sesempurna mungkin..Dia adalah pasangan yang setia maka dari itu dia juga mahu pasangannya setia pada dirinya.

Saturday 19 April 2014

I GLAMOUR U OLLSSS

Betul kann?? I glamer uuu...


 
Assalamualaikum..

Haaa.. Awal-awal dah highlight gambar kat atas tu.. hahaha.. tak kisahla orang nak kata I gila glamer ke ape ke.. Ko hade?? hahaha..

Actually, bukanla nak bangga sangat tapi bangga jugakla.. hehehe.. pening kepala orang nak paham.. Ni namanye rezeki datang bergolek, siapa sangka dapat peluang masuk suratkhabar, besar pulak tu gambarnya.. Tapi tu la, nama pulak salah.. Takpela, takkan nak saman pulak ye tak? kang lagi orang kata perasan macam bagus plak.. hahaha..

Satu komen, wartawan ni memang hebat bahasa melayu dia kan?? mesti dapat A+++. Kenapa saya berkata sedemikian?? sebabnya, ada beberapa statement dalam tu, saya tak cakap pun.. tapi biasalah, nak menyedapkan cerita agaknya.. Barula tau perasaan artis bila statement ditokok tambah.. hahaha.. perasan artis lagi.. okla bai.. 

p/s : Ini lah hikmahnya, membantu suami di booth beliau dengan seikhlas hati.. Caiyookk abang..

Saturday 29 March 2014

KEBANGKITAN HARIMAU SELATAN - LUASKAN KUASAMU JOHOR

Assalamualaikum Wbt. & Morning...

Hari ini tiba-tiba terpanggil untuk menge'post' tentang bola.. Dahulunya saya bukanlah peminat tegar bola sepak, even saya takde pun team favourite samada dalam negara ataupun luar negara. Sekarang, saya adalah peminat dan penyokong tegar sukan bola sepak Johor.. Luaskan Kuasamu Johor!!!

Ingat lagi masa kecil dulu, ayah pernah la bawa saya dan beberapa adik beradik lain (tak ingat berapa orang) tengok bola kat Stadium Larkin.. Masa tu, boleh tahan jugakla meriahnye. Lepas tu, rasanya bola di Johor seakan menyepi.. tak taula sebab saya tak ambil tahu ataupun tiada promosi ataupun sebab lain.

However, sejak 1-2 tahun ni, team Johor seakan mula bangkit kembali. Terasa bahang kebangkitan mereka. Dengan rebrand nama dari Johor FC kepada Johor Darul Takzim (JDT). Kalau perasan, dulu JDT ada satu je. Tapi sekarang JDT ada tiga team yang established if i'm not mistaken - JDT, JDTII, dan JDT (B21). Tapi, saya juga dimaklumkan Johor ada akademi bola sepak tersendiri yang mencari dan melatih anak jati Johor dalam sukan bola sepak.

Mungkin ada yang mempertikaikan bahawa kebanyakan pemain JDT adalah terdiri daripada pemain yang bukan berasal dari Johor. Di sini, saya ingin memuji TMJ kita kerana Baginda sangat bijak dalam mengatur strategi menaikkan kembali sukan bola sepak Johor. Itu adalah STRATEGI dan mereka yang pakar dalam pemikiran strategik juga mengakui keberhasilan strategi tersebut.

Saya bukanlah pakar bidang bola sepak ni, tapi semangat dan pemikiran Baginda turut disokong oleh semua rakyat Johor. Baginda juga mampu mengawal dan mengubah minda rakyat Johor supaya bersikap TERBUKA dan PROFESIONAL semasa perlawanan bola sepak diadakan termasuk larangan menggunakan 'flare', baling botol, baling resit dan sebagainya.

Bercerita pasal baling botol ni, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman depan mata saya semasa menyaksikan perlawanan bola sepak antar JDT dan ATM pada 22 Mac 2014 yang lalu. Kisahnya, adalah seorang Hamba Allah ni (salah seorang penyokong JDT - tak pasti betul ke penyokong sejati) membaling botol ke arah padang semasa perlawanan sedang berlangsung. Akibat tindakan tersebut, semua penyokong JDT berhampiran menjerit dan memarahi hamba Allah tersebut, siap panggil polis/penguatkuasa yang bertugas untuk menangkap hamba Allah tersebut.

Moral of the story di sini adalah, peminat sejati bola sepak JDT tidak akan melakukan perkara yang boleh memalukan dan memberikan kesan buruk kepada sukan bola sepak Johor. Mungkin hamba Allah tersebut, baru nak join dan masih belum boleh mengawal perasaan.

p/s : Tak taulah apa yang jadi pada hamba Allah tu, kene tangkap ke atau diberi amaran sahaja ke. Tapi memang saya puji sikap PROFESIONAL penyokong-penyokong bola ni yang membawa ke arah kesepakatan. PEACE yo!!

Thursday 27 March 2014

FESYEN BARU - SHAWL

Assalamualaikum W.b.t dan Good Day Guys..

Tak pernah terlintas dan terfikir yang saya akan terpengaruh dengan shawl yang bermacam-macam design sekarang ni. Honestly, memang suka dengan corak dan material shawl especially chiffon tapi takdela sampai nak pakai.. Masa tuuuu.....

Tapi sejak akhir-akhir ni, makin tertarik plak nak pakai shawl ni, tak kira la wide shawl ke half moon shawl ke.. Rasa macam cantik gitu.. eh perasan plak.. hihi..

So, dengan muka selamba tryla pakai shawl. Mula-mula tu hilang sabar jugak nak berbelit sana sini. Tapi berkat usaha dan kegigihan, berjaya pakai dengan kemas. Bila dan confident, ape lagi, pakaila pegi ofis plak.. As expected, memang dapat teguran dan komen yang positif la dengan budak-budak ofis.. Tak caya?? Sila tengok gambar di bawah:-



Betul kannn??? COMELLLLNYEEE.... Hihihihi.. Suke suke suke...

p/s : Saya berazam untuk beli shawl lagi.. hehehe..


  

Tuesday 25 March 2014

STILL PRAY FOR MH370

Assalamualaikum Wbt.. 

Rasanya semua dah aware dengan berita kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 yang lalu. Macam-macam spekulasi yang didengar dan dikupas oleh mereka yang pakar berkaitan hal tersebut. Tidak ketinggalan juga, saya yang turut mengikuti kronologi tragedi ini.

TERKINI kita dikhabarkan dengan berita yang tidak mahu kita terima iaitu "Pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi, Lautan paling sepi di dunia". Sayu sangat hati ini bila mendapat perkhabaran sedih tersebut.

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang aeronautik, juga bukan pakar dalam bidang politik. Saya hanyalah salah seorang daripada rakyat Malaysia yang turut merasa sedih dan kehilangan dengan tragedi yang menyayat hati ini. Sudah tentu, tidak dapat menandingi kesedihan yang dialami oleh ahli keluarga krew dan penumpang MH370 sendiri.

Hanya harapan dan doa yang mampu saya kirimkan kepada krew dan penumpang MH370, supaya mereka ditemui dan diuruskan sebaiknya. Sungguh begitu, saya sentiasa menaruh harapan supaya akan ada keajaiban yang berlaku. Entahlah, hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

Kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada krew dan penumpang MH370 yang beragama Islam. Semoga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Aminn..

Al-Fatihah..

p/s  :  Ingatlah, daripadaNya kita datang dan kepadaNya lah kita akan kembali. Jangan sesekali melupakan Allah yang satu. Insyallah Dia tidak lupakan kita.

Tuesday 11 March 2014

PENGALAMAN PERTAMA DITINGGALKAN SUAMI YANG OUTSTATION

Good Morning!!! :)

Almost 4 tahun married tapi tak pernah lagi suami outstation. Selalu saya je yang outstation. Barula tau rasanya bila sorang-sorang kat rumah tu.. :(

Actually my hubby bukan lama pun outstation, cuma 3 hari 2 malam je.. Siang tu takla rasa sangat sebab keje kan, tapi bila malam tu yang rasa pelik je bila hubby takde.

Tapi yang best plak bila berjauhan ni, kita rasa lebih dihargai dan menghargai. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita kurang menghargai bila pasangan kita ada depan mata. Rasanya betul kot orang dulu-dulu kata "Sayang isteri tinggal-tinggalkan". Eh betul ke peribahasa tu?? Macam lain je.. hahaha.. pening arrr

Mehla layan sedikit conversation me n my hubby..
Conversation 11.3.2014
Conversation 12.3.2014



However, my hubby still as usual, berselera dan tidak mensia-siakan peluang bila bermalam di hotel.. Tak percaya?? Tengok ni..
Before & After
Betul x?? Well, 1 hari dah berlalu tapi rasa macam lambat sungguh nak tunggu dia balik esok.. hehehe..

p/s : Penantian itu satu penyiksaan.. Hmmmmm....

Saturday 22 February 2014

PART TIME JOB

Hello Again...

Dah lama tak update blog ni.. Sangat sibuk menjalankan tugasan yang bertimbun-timbun sampai nak tenggelam dibuatnya.. ye ye je, description sibuk macam mengalahkan PM je.. hehehe..

Well, a little update about me.. Just came back from Bandung, Indonesia last week (12 - 15 Februari 2014). Very busy trip!! Actually, bukan ape, this is my second trip to Bandung. Trip with my in-laws.. 

Even it was my second trip, tapi dapat new experience when our flight was delayed one day because of letusan Gunung Kelud. Nampak jugakla debu-debu berterbangan tapi tak kritikal. People is wearing mask everywhere.

OK, back to the topic.. Part time Job??!!

Hasil daripada trip ke Bandung tu, i've decided to start small business or considered as part time job to me. hehehe.. Bisnes ape?? Ladies kalau balik dari Bandung, harusla beli kain ela banyak2.. Tak kira la kain cotton or sulam. Nak dijadikan cerita, my elder sister pun kirim jugak.. So, menguatkan lagi la keinginan untuk berbisnes.

So, pejam mata dan dengan bermodalkan lebih kurang RM 1,700.00, dapatla capai 52 helai kain ela (consists of cotton and sulam). Semuanya was my CHOICE.. Bukan ape, be prepared, just in case, tak habis jual - boleh buat baju sendiri kan?? hehehe..

At first, rasa macam tak nak jual je sebab semuanya cantik-cantik. Tula dugaan namanya. Tapi setelah dikuatkan hati dan semangat, ALHAMDULILLAH.. sambutannya sangat menggalakkan.


Nampak tak, sambutannye?? hehehe.. ni belum sempat buat ape2 inventory lagi ni.. Balance yang masih belum terjual cuma 4 helai je lagi.. Takpela, kalau takde orang beli boleh buat baju sendiri.. :)

Just want to share the good feeling when our small plan succeed. So, i've decided to continue the part time job dengan planning dan preparation yang lebih structured.

p/s : Planning to find a small shop to enlarge my part time business.. Mudah-mudahan dipermudahkan dan diberkati Allah S.W.T.


Tuesday 21 January 2014

9 - 11 JANUARI 2013 - MENTOR MENTI TRIP TO SABAH

Hiii guysss...

 My Mentor Menti Team

Last week, my mentor menti team fly to Sabah. Untuk suka-suka dan menghilangkan stress kerja. We all ni satu ofis, boleh dikatakan semua dalam team ni berjawatan pegawai la...

Apa yang bestnye trip kali ni kan, kitorang pegi tempat yang saya tak pernah pegi during my first trip in 2011 (if im not mistaken).. Antara places yang kitorang pegi:-

    Pasar Malam Kampung Air
    Tempat shopping brooch, gelang, rantai, lain-lain aksesori yang berasaskan mutiara (pilihan lebih banyak berbanding Pekan Filipina - beroperasi setiap hari bermula pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam).
      




    Rumah Terbalik 
    Semua benda kat area ni semuanya terbalik. Bayaran masuk dalam rumah = RM 12. Kalau nak tengok area luar je boleh bayar RM 3. 





      Muzium Sabah
      Kitorang tak masuk pun dalam  ni sebab kitorang datang awal sangat, muzium pun tak buka lagi (sebenarnya tak minat pun nak masuk sebab nak jimat masa untuk shopping. shhh...)





        


      Poring Hot Water
      Dalam ni ada Canopy Walk (Jambatan Gantung), Kolam Air Panas, dan Air Terjun. Kalau nak bagi ikan kecik gigit manja kaki kita pun boleh (tapi geli beb)..
      Jambatan Gantung Tamparuli
      Jambatan ni takla jauh dan takla tinggi sangat tapi untuk orang yang takut tinggi boleh jadi ngeri jugakla. Jambatan ni melintasi sungai besar dan tahap kedalaman tak pasti pulak.
       



      Pekan Nabalu 
      Tempat bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan tempat shopping souvenier kraftangan, tshirt, etc.






      Dairy Farm
      Tempat ternakan dan pemerahan susu lembu yang segar. Banyak jugakla produk berasaskan susu such as dadih, aiskrim, etc. Doesn't impressed me much because i'm not a milk lover, sorry..




      Kundasang War Memorial
      Tempat ni nampak je kecik tapi sangat besar rupanya. Macam-macam ada tau - mostly garden and flower dia sangat cantik. Kalau untuk photoshoot memang cantik. Bayaran untuk masuk = RM 3.





      Last place adalah Pasar Filipina, Kota Kinabalu. Kat sini ada jual keropok, ikan masin, kraftangan, souvenier mutiara, etc. Sempat jugakla sambar beberapa souvenier. Boleh dikatakan, trip ni sangat enjoy la...  
      Kesimpulannya, sesiapa yang nak pegi Sabah tu silala get ready dengan stamina yang tinggi dan poket yang tebal sebab untuk ladies boleh jadi gila beb tengok aksesori yang ada.