LOVE AFFAIRS

LOVE AFFAIRS

Sunday 14 September 2014

AUSSIE THE SECOND - PART 1

Assalamualaikum Wbt & Good Morning U Ollsss....

Fuhhhh.... At last, setelah berperang dengan kehidupan seharian dan diri sendiri, digagahkan juga untuk mencoret di blog yang agak lama kene tinggal ni.. Hihi..
Sebelum pengalaman di Aussie dicoretkan dengan lebih lanjut.. dan disebabkan group yang pergi ni ada golongan VVIP which is Mr. Abu Talib Sulaiman and Mrs. Ruzita binti Zuli aka my parents, sila lihat preparationnya.. Fuhhh lagi..

Checklist di bawah perlu disediakan bagi memastikan perjalanan berjalan dengan lancar:-
  1. Maklumat Tempahan Penerbangan;
  2. Dokumen Perjalanan - Passport & Visa;
  3. Bekalan Makanan;
  4. Tempahan Penginapan & Kenderaan;
  5. Keperluan Kewangan;
  6. Jadual Perjalanan.
Cukupla dulu, skema sangatla ayat kat atas tu.. Ok, shoot...

Setelah setahun lebih tiket flight untuk ke Sydney dibeli, finally the time has come.. Excited excited excited... Tido pun tak nyenyak ni.... Nampak tak berkepok-kepok duit RM nak convert ke $AUD.. Tapi bila dah tukar, jadi nipis je.. Almaklumla, currency $AUD 1.00 = RM3.02. So,dengan rasa berat hati, tukar jugaklahh.. Uwaaa!!!!
Erkk.. ok abaikan paparan di monitor.. fokus pada duit yang berkepok tu je ye. hihi

 Nampak tak rombongan Cik Kiah kat atas tu?? Tu tak masuk semua tu.. Hihi

Flight kami pukul 10.00 pagi tapi pukul 5.00 pagi dah gerak ke airport.. Giler awal bangun tido.. Giler Excited!! Hihihi..

Snap ketika sedang menunggu check in flight

Inilah VVIP nye.. Masa senyummm kemain lagi yee..

Kami lagi.. Sebelum tidur dalam flight.. Hihi..
 Baiklah.. Sila saksikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kami semasa dalam flight.. Lama tuuu.. 6 jam hokeh.. Fuhhh lagii.. Dan sesungguhnya POSING itu wajib... kihkih..







Ini adalah gambar candid - budak yang excited nak tengok wawan (yang bermaksud awan)

Ini gambar candid juge.. ye ye je main tab.. huh, budak2 zaman sekarang

Ok, sila sambung cerita dalam next entry ye.. Chow!!