LOVE AFFAIRS

LOVE AFFAIRS

Saturday 29 March 2014

KEBANGKITAN HARIMAU SELATAN - LUASKAN KUASAMU JOHOR

Assalamualaikum Wbt. & Morning...

Hari ini tiba-tiba terpanggil untuk menge'post' tentang bola.. Dahulunya saya bukanlah peminat tegar bola sepak, even saya takde pun team favourite samada dalam negara ataupun luar negara. Sekarang, saya adalah peminat dan penyokong tegar sukan bola sepak Johor.. Luaskan Kuasamu Johor!!!

Ingat lagi masa kecil dulu, ayah pernah la bawa saya dan beberapa adik beradik lain (tak ingat berapa orang) tengok bola kat Stadium Larkin.. Masa tu, boleh tahan jugakla meriahnye. Lepas tu, rasanya bola di Johor seakan menyepi.. tak taula sebab saya tak ambil tahu ataupun tiada promosi ataupun sebab lain.

However, sejak 1-2 tahun ni, team Johor seakan mula bangkit kembali. Terasa bahang kebangkitan mereka. Dengan rebrand nama dari Johor FC kepada Johor Darul Takzim (JDT). Kalau perasan, dulu JDT ada satu je. Tapi sekarang JDT ada tiga team yang established if i'm not mistaken - JDT, JDTII, dan JDT (B21). Tapi, saya juga dimaklumkan Johor ada akademi bola sepak tersendiri yang mencari dan melatih anak jati Johor dalam sukan bola sepak.

Mungkin ada yang mempertikaikan bahawa kebanyakan pemain JDT adalah terdiri daripada pemain yang bukan berasal dari Johor. Di sini, saya ingin memuji TMJ kita kerana Baginda sangat bijak dalam mengatur strategi menaikkan kembali sukan bola sepak Johor. Itu adalah STRATEGI dan mereka yang pakar dalam pemikiran strategik juga mengakui keberhasilan strategi tersebut.

Saya bukanlah pakar bidang bola sepak ni, tapi semangat dan pemikiran Baginda turut disokong oleh semua rakyat Johor. Baginda juga mampu mengawal dan mengubah minda rakyat Johor supaya bersikap TERBUKA dan PROFESIONAL semasa perlawanan bola sepak diadakan termasuk larangan menggunakan 'flare', baling botol, baling resit dan sebagainya.

Bercerita pasal baling botol ni, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman depan mata saya semasa menyaksikan perlawanan bola sepak antar JDT dan ATM pada 22 Mac 2014 yang lalu. Kisahnya, adalah seorang Hamba Allah ni (salah seorang penyokong JDT - tak pasti betul ke penyokong sejati) membaling botol ke arah padang semasa perlawanan sedang berlangsung. Akibat tindakan tersebut, semua penyokong JDT berhampiran menjerit dan memarahi hamba Allah tersebut, siap panggil polis/penguatkuasa yang bertugas untuk menangkap hamba Allah tersebut.

Moral of the story di sini adalah, peminat sejati bola sepak JDT tidak akan melakukan perkara yang boleh memalukan dan memberikan kesan buruk kepada sukan bola sepak Johor. Mungkin hamba Allah tersebut, baru nak join dan masih belum boleh mengawal perasaan.

p/s : Tak taulah apa yang jadi pada hamba Allah tu, kene tangkap ke atau diberi amaran sahaja ke. Tapi memang saya puji sikap PROFESIONAL penyokong-penyokong bola ni yang membawa ke arah kesepakatan. PEACE yo!!

Thursday 27 March 2014

FESYEN BARU - SHAWL

Assalamualaikum W.b.t dan Good Day Guys..

Tak pernah terlintas dan terfikir yang saya akan terpengaruh dengan shawl yang bermacam-macam design sekarang ni. Honestly, memang suka dengan corak dan material shawl especially chiffon tapi takdela sampai nak pakai.. Masa tuuuu.....

Tapi sejak akhir-akhir ni, makin tertarik plak nak pakai shawl ni, tak kira la wide shawl ke half moon shawl ke.. Rasa macam cantik gitu.. eh perasan plak.. hihi..

So, dengan muka selamba tryla pakai shawl. Mula-mula tu hilang sabar jugak nak berbelit sana sini. Tapi berkat usaha dan kegigihan, berjaya pakai dengan kemas. Bila dan confident, ape lagi, pakaila pegi ofis plak.. As expected, memang dapat teguran dan komen yang positif la dengan budak-budak ofis.. Tak caya?? Sila tengok gambar di bawah:-



Betul kannn??? COMELLLLNYEEE.... Hihihihi.. Suke suke suke...

p/s : Saya berazam untuk beli shawl lagi.. hehehe..


  

Tuesday 25 March 2014

STILL PRAY FOR MH370

Assalamualaikum Wbt.. 

Rasanya semua dah aware dengan berita kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 yang lalu. Macam-macam spekulasi yang didengar dan dikupas oleh mereka yang pakar berkaitan hal tersebut. Tidak ketinggalan juga, saya yang turut mengikuti kronologi tragedi ini.

TERKINI kita dikhabarkan dengan berita yang tidak mahu kita terima iaitu "Pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi, Lautan paling sepi di dunia". Sayu sangat hati ini bila mendapat perkhabaran sedih tersebut.

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang aeronautik, juga bukan pakar dalam bidang politik. Saya hanyalah salah seorang daripada rakyat Malaysia yang turut merasa sedih dan kehilangan dengan tragedi yang menyayat hati ini. Sudah tentu, tidak dapat menandingi kesedihan yang dialami oleh ahli keluarga krew dan penumpang MH370 sendiri.

Hanya harapan dan doa yang mampu saya kirimkan kepada krew dan penumpang MH370, supaya mereka ditemui dan diuruskan sebaiknya. Sungguh begitu, saya sentiasa menaruh harapan supaya akan ada keajaiban yang berlaku. Entahlah, hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

Kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada krew dan penumpang MH370 yang beragama Islam. Semoga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Aminn..

Al-Fatihah..

p/s  :  Ingatlah, daripadaNya kita datang dan kepadaNya lah kita akan kembali. Jangan sesekali melupakan Allah yang satu. Insyallah Dia tidak lupakan kita.

Tuesday 11 March 2014

PENGALAMAN PERTAMA DITINGGALKAN SUAMI YANG OUTSTATION

Good Morning!!! :)

Almost 4 tahun married tapi tak pernah lagi suami outstation. Selalu saya je yang outstation. Barula tau rasanya bila sorang-sorang kat rumah tu.. :(

Actually my hubby bukan lama pun outstation, cuma 3 hari 2 malam je.. Siang tu takla rasa sangat sebab keje kan, tapi bila malam tu yang rasa pelik je bila hubby takde.

Tapi yang best plak bila berjauhan ni, kita rasa lebih dihargai dan menghargai. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita kurang menghargai bila pasangan kita ada depan mata. Rasanya betul kot orang dulu-dulu kata "Sayang isteri tinggal-tinggalkan". Eh betul ke peribahasa tu?? Macam lain je.. hahaha.. pening arrr

Mehla layan sedikit conversation me n my hubby..
Conversation 11.3.2014
Conversation 12.3.2014



However, my hubby still as usual, berselera dan tidak mensia-siakan peluang bila bermalam di hotel.. Tak percaya?? Tengok ni..
Before & After
Betul x?? Well, 1 hari dah berlalu tapi rasa macam lambat sungguh nak tunggu dia balik esok.. hehehe..

p/s : Penantian itu satu penyiksaan.. Hmmmmm....