LOVE AFFAIRS

LOVE AFFAIRS

Saturday 29 March 2014

KEBANGKITAN HARIMAU SELATAN - LUASKAN KUASAMU JOHOR

Assalamualaikum Wbt. & Morning...

Hari ini tiba-tiba terpanggil untuk menge'post' tentang bola.. Dahulunya saya bukanlah peminat tegar bola sepak, even saya takde pun team favourite samada dalam negara ataupun luar negara. Sekarang, saya adalah peminat dan penyokong tegar sukan bola sepak Johor.. Luaskan Kuasamu Johor!!!

Ingat lagi masa kecil dulu, ayah pernah la bawa saya dan beberapa adik beradik lain (tak ingat berapa orang) tengok bola kat Stadium Larkin.. Masa tu, boleh tahan jugakla meriahnye. Lepas tu, rasanya bola di Johor seakan menyepi.. tak taula sebab saya tak ambil tahu ataupun tiada promosi ataupun sebab lain.

However, sejak 1-2 tahun ni, team Johor seakan mula bangkit kembali. Terasa bahang kebangkitan mereka. Dengan rebrand nama dari Johor FC kepada Johor Darul Takzim (JDT). Kalau perasan, dulu JDT ada satu je. Tapi sekarang JDT ada tiga team yang established if i'm not mistaken - JDT, JDTII, dan JDT (B21). Tapi, saya juga dimaklumkan Johor ada akademi bola sepak tersendiri yang mencari dan melatih anak jati Johor dalam sukan bola sepak.

Mungkin ada yang mempertikaikan bahawa kebanyakan pemain JDT adalah terdiri daripada pemain yang bukan berasal dari Johor. Di sini, saya ingin memuji TMJ kita kerana Baginda sangat bijak dalam mengatur strategi menaikkan kembali sukan bola sepak Johor. Itu adalah STRATEGI dan mereka yang pakar dalam pemikiran strategik juga mengakui keberhasilan strategi tersebut.

Saya bukanlah pakar bidang bola sepak ni, tapi semangat dan pemikiran Baginda turut disokong oleh semua rakyat Johor. Baginda juga mampu mengawal dan mengubah minda rakyat Johor supaya bersikap TERBUKA dan PROFESIONAL semasa perlawanan bola sepak diadakan termasuk larangan menggunakan 'flare', baling botol, baling resit dan sebagainya.

Bercerita pasal baling botol ni, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman depan mata saya semasa menyaksikan perlawanan bola sepak antar JDT dan ATM pada 22 Mac 2014 yang lalu. Kisahnya, adalah seorang Hamba Allah ni (salah seorang penyokong JDT - tak pasti betul ke penyokong sejati) membaling botol ke arah padang semasa perlawanan sedang berlangsung. Akibat tindakan tersebut, semua penyokong JDT berhampiran menjerit dan memarahi hamba Allah tersebut, siap panggil polis/penguatkuasa yang bertugas untuk menangkap hamba Allah tersebut.

Moral of the story di sini adalah, peminat sejati bola sepak JDT tidak akan melakukan perkara yang boleh memalukan dan memberikan kesan buruk kepada sukan bola sepak Johor. Mungkin hamba Allah tersebut, baru nak join dan masih belum boleh mengawal perasaan.

p/s : Tak taulah apa yang jadi pada hamba Allah tu, kene tangkap ke atau diberi amaran sahaja ke. Tapi memang saya puji sikap PROFESIONAL penyokong-penyokong bola ni yang membawa ke arah kesepakatan. PEACE yo!!

No comments:

Post a Comment