LOVE AFFAIRS

LOVE AFFAIRS

Tuesday 25 March 2014

STILL PRAY FOR MH370

Assalamualaikum Wbt.. 

Rasanya semua dah aware dengan berita kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 yang lalu. Macam-macam spekulasi yang didengar dan dikupas oleh mereka yang pakar berkaitan hal tersebut. Tidak ketinggalan juga, saya yang turut mengikuti kronologi tragedi ini.

TERKINI kita dikhabarkan dengan berita yang tidak mahu kita terima iaitu "Pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi, Lautan paling sepi di dunia". Sayu sangat hati ini bila mendapat perkhabaran sedih tersebut.

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang aeronautik, juga bukan pakar dalam bidang politik. Saya hanyalah salah seorang daripada rakyat Malaysia yang turut merasa sedih dan kehilangan dengan tragedi yang menyayat hati ini. Sudah tentu, tidak dapat menandingi kesedihan yang dialami oleh ahli keluarga krew dan penumpang MH370 sendiri.

Hanya harapan dan doa yang mampu saya kirimkan kepada krew dan penumpang MH370, supaya mereka ditemui dan diuruskan sebaiknya. Sungguh begitu, saya sentiasa menaruh harapan supaya akan ada keajaiban yang berlaku. Entahlah, hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

Kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada krew dan penumpang MH370 yang beragama Islam. Semoga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Aminn..

Al-Fatihah..

p/s  :  Ingatlah, daripadaNya kita datang dan kepadaNya lah kita akan kembali. Jangan sesekali melupakan Allah yang satu. Insyallah Dia tidak lupakan kita.

No comments:

Post a Comment