LOVE AFFAIRS

LOVE AFFAIRS

Wednesday 28 May 2014

HAPPY 4TH WEDDING ANNIVERSARY

Assalamualaikum Wbt & Hello..

Finally, today is THE DAY!! yeehaaaaa!!! 

Alhamdulillah, 4 tahun sudah usia perkahwinan saya dan suami. Sekejap je rasa.. Biasala kan, bila ada event macam ni, mestila nak prepare present. Tapi, punyela susah nak cari hadiah yang sesuai untuk lelaki ni.. Suami saya punyela MITHALI sampai taknak hadiah, cukuplah apa yang ada - katanya... Hihihi..

Tapi tak syokla kalau takde hadiah kan?? Nak tau saya belikan ape untuk suami MITHALI saya tu?? hehe.. Tengokla gambar di bawah......


PRESENT FOR MY BELOVED HUBBY
SELEPAS DIBUKA SAMPUL HADIAHNYA















BOUQUET OF FLOWERS

Maybe ada yang berpendapat, simple sangat kan hadiah yang saya bagi ni.. Tapi sesungguhnya perfume tu adalah simbolik untuk flashback perfume yang kami hadiahkan dalam hantaran kami.. We both so in love with the fragrance.. Alhamdulillah, he love it..

Mesti ada yang tertanya-tanya kan apa yang suami saya berikan kepada saya.. hihihi.. 

This is it!!!
Haaaa... jangan tak percaya plak.. I dapat ipad air u ollsss!!! I love ittt!! Thanks sayang..

Sedikit ucapan kepada suami kesayangan saya sempena anniversary kami:
"Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang keempat, Semoga ikatan ini terus dirahmati dan diberkati Allah. Mungkin ayang bukan isteri yang terbaik di dunia tapi abang adalah suami yang terbaik untuk ayang SELAMANYA..I Love you so much sayang."

p/s : Kesimpulannya, saya dan suami masing-masing dapat dua hadiah.. Adil kan?? hehehe..

Sunday 25 May 2014

PRE WEDDING ANNIVERSARY GIFT

Flashing back to 28 - 30 Mei 2010

Assalamualaikum Wbt and Good Day Guys..

Its our 4th year wedding anniversary on this coming Wednesday. As usual, masih pening memikirkan hadiah untuk diberikan kepada suami tersayang.. Susahla nak cari present untuk lelaki ni, tak kirala untuk birthday ataupun anniversary. However, saya bagi pra hadiah dulu sebelum jumpa hadiah yang sebenar. 

Ape hadiah nye?? Of course la picture collage kat atas tu.. hahaha.. senangnye kalau bagi pic collage tu as wedding anniversary present kan?? Don't worry, tu hanya sementara je.. 

Dah jumpa hadiah sebenar nanti, i update ye.. hahaha.. Chowww..

Sunday 11 May 2014

SAYA LULUSS!!! YEEHAAAA!!!

Last April (8, 9 dan 10 April 2014), saya telah ambil peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan pengesahan jawatan. Masa tu memang nervous giler, maklumla dah lama tak exam kan?? Menakutkan je nama EXAM tu.. Padahal takde ape-ape pun.. hahaha.. Paper yang saya ambil ada 3 which is:
  1.  Kertas 1 - Pengurusan Universiti & Perlembagaan Malaysia
  2.  Kertas 2 - Syarat Perkhidmatan
  3.  Kertas 3 - Peraturan Kewangan
Untuk makluman, ketiga-tiga paper tu bukan jenis exam open book ye especially untuk Pegawai Pengurusan dan Profesional..
Hari ini (11 Mei 2014) dah tau keputusannya..

Alhamdulillah... Sukacita dimaklumkan bahawa saya telah lulus dengan cemerlang (lulus dengan cemerlang tu tambahan dari saya -  just to reward myself).. Status final dia cuma LULUS je.. Lulus Ketiga-tiga paper okkk..... Hehehehe...

Thanx to all who prays for me.. Really appreciate it!! Chow......

p/s : Please keep on pray for me ye. TQVM.

Wednesday 7 May 2014

ME AS A VIRGO GIRL

GIRLLL??? Erkkk.. Whateverrr..
Jumpa artikel ni tentang wanita VIRGO, which is me!!!! Not sure if everything is match with me, why dont you tell me?? Personally, most of it is matched with me.. hehehe

 
Penampilan wanita virgo hampir serupa dengan wanita leo , wanita langsing yang mampu bergerak dengan penuh percaya diri dan anggun. Wajahnya memiliki struktur seperti telur yang bundar dan jika berbicara suka memandang terus ke wajah seperti sedang menyelidiki sesuatu. Dia bukan orang yang suka berpura2 dan selalu mengatakan apa yang difikirkan secara terbuka.

Wanita berzodiac virgo suka berjalan dengan cepat. Dan akan selalu berusaha untuk menjadi sempurna, tampak sempurna dan merasa sempurna (miss perfectionis) walaupun kesempurnaan seperti itu tidak pernah ada. Dia juga sangat berhati2 dalam memilih pakaian.
 
Dia sangat cerdas dan mudah putus asa menghadapi rintangan, dia suka lelaki cerdas yang mampu mengimbanginya, jika anda adalah lelaki kaya yang agak sempoi, lupakan je dia. Dia bukanlah orang yang posesif atau cemburu buta tetapi inginkan pebghormatan dari orang yang dikasihinya, jadi jika anda bercinta dengannya jangan cuba mengurat wanita lain dihadapannya dia akan segera meninggalkan anda, anda tak menghormatinya. Dian dia tidak menyukai hubungan yang bersifat sementara.
 
Jika dia menemukan jejaka idamannya, dia tidak akan pernah meninggalkannya. Jika dia tidak menyukai anda, maka dia akan berusaha menjaga jarak. Dia juga berusaha berdisiplin untuk bertindak dengan wajar dan sesuai. Dia tidak suka dan tidak akan tahan dengan bahasa yang kasar dan kotor, apa lagi sumpah serapah kerana dia seorang yang lembut.
 
Dia suka lelaki yang gentlemen yang akan membukakan pintu untuknya, dia ingin merasa dilindungi dan ketika seorang lelaki mengambil tugas ini, dia merasa sudah menjadi wanita sepenuhnya. Dia akan mengingat mengenai orang lain dan dirinya dengan amat baik sekali, jarang dia melupakan apa sahaja yang berlaku dalam hisupnya, jika sakit hati dia akan sangat lama menyimpannya. Dia juga mampu menjaga rahsia, anda dapat mempercayainya dalam hal ini.
 
Wanita virgo juga suka dengan bau2an yang wangi dan ringan, dia sangat menjaga kecantikannya, maka dia akan sangat teliti dalam memilih sabun yang sesuai dengan kulitnya, jangan komplen tentang kebiasaannya itu kerana hal ini adalah kebahagiaannya menjadi pakar kecantikan bagi dirinya sendiri.
 
Dia bukannya malaikat tanpa cela, kerana terkadang dia akan menjadi sangat keras hati , bagaikan waja. Meskipun dia senang putus asa, dia tidak akan pernah menangis kerananya. Dia adalah seoraang yang pemalu, maka jika dia berbicara di hadapan orang ramai dia akan menjadi sangat gugup, walaupun dia dapat berjalan dan berbicara dengan penuh percaya diri.
 
Dia hanya mencari cinta sejati, bukan hanya sekedar cinta. Paras rupa bukan ukuran pada dirinya dalam melihat pasangan hidupnya, dia juga suka beranggapan bahwa tidak ada orang lain yang lebih kemas dan efektif daripada dirinya, kadangkala membuat anda bosan dengan perangainya itu.
 
Dia menyukai kata2 manis, tetapi kadang2 dia lepas dalam berbicara dan mengatakan sesuatu yang tidak anda sangka bahkan tidak dapat anda terima ketika dia sudah berhenti marah dia akan lupa apa yang baharu sahaja dia katakan. dan kembali menjadi seorang insan yang paling baik macam malaikat. Jika berdating dengannya baik anda tepati masa.
 
Bunga dan rayuan manis akan membuatnya merasa tenang,jika anda ingin meminta maaf lakukan secara langsung dan tidak berbelit2. Jangan membuat permintaan yang melarut2 tak tentu pasal dan membosankan, dia akan segera meninggalkan anda keesokan harinya.
 
Dia suka kekasihnya atau suaminya tampil kemas dan menarik, dia sangat menitik beratkan semua hal terutama mengenai wang. Jangan membuatnya berfikir bahwa dia kelakar atau melawak seperti badut. Pada masa berkenalan dengannya jangan banyak menjeling wanita lain, dia akan segera tinggalkan anda. Dia juga seorang yang sangat menjaga tatasusila.
 
Dia sangat menyukai buku, wayang dan muzik, dan juga suka mengkritik penampilan orang lain. Dia boleh dikatakan sebagai pengkritik yang hebat dari hal yang sekecil2nya sampai kepada hal yang sebesar2nya dalam kehidupan. Misalnya rambut, cara berjalan, cara berpakaian, makeup, dan lain2. Jika anda jatuh cinta padanya usahakanlah menjadi sesempurna mungkin..Dia adalah pasangan yang setia maka dari itu dia juga mahu pasangannya setia pada dirinya.