LOVE AFFAIRS

LOVE AFFAIRS

Monday 12 December 2011

12/12/2011 - New Baby Born

12/12/2011, 5.15 petang : Kakak saya telah selamat melahirkan baby boy (anak ke-2).. Saya sebagai auntie sangat excited nak pergi tengok diorang secepat mungkin (target : this weekend). Nasib baik tengah hari keje, kalau tidak memang semalam jgk dah naik KL. Hehehe...

Baby yang dilahirkan secara normal seberat 3.1kg di Hospital Serdang. Semalam sempat jgkla 3G dengan baby, ciri-ciri temberang tu dah ade jgkla.. hahaha.. Agaknya kalau baby tu dah besar nanti n dia baca ape yang auntie dia tulis ni, mesti dia kata "Ape2 jela auntie ni.. Orang baru lahir mana pandai temberang".



Revise balik perangai mummy dia masa pregnant this baby :
  1. Sangat sensitif berbanding masa dia 1st time pregnant;
  2. Sangat kepoh sampai hari-hari telefon semata-mata nak tanya pasal gosip.
Kalau tengok gambar kat atas tu, tak taula baby ni ikut muka mummy dia or daddy dia. Tengok jela bila dah besar sikit nanti.. Hehehe..

Kat bawah ni plak gambar terbaru baby.. Dah comel sikitla kan?? hahaha..

 

p/s  :  Tak sabarla plak nak rasa perasaan mengandung dan melahirkan baby ni.. Mesti best kan?? Hehe.. Please pray for me.. TQ..

Sunday 11 December 2011

9/12/2011 - Trip to iCity Shah Alam


Last Friday, saya berkesempatan untuk pergi ke iCity Shah Alam. Before this dah pernah pergi tapi tau jela bila pergi dengan bos ni kan kena control sikit.. Even my boss jenis open minded.. U're the best boss.. hehehe..

Back to this iCity, sila baca komen dan review saya di bawah ini:- 

   1.   Kedudukan/lokasi yang mudah
  • Kalau dari KL, ikut je federal highway then terus menuju ke Klang. Sebelum kita sampai ke simpang nak ke Klang tu dah ada signboard iCity. Memang senangla nak cari. Kalau nak senang lagi, tengok map ni:-



   2.   Lampu dia sangat cantik pada waktu malam
  • Kalau nak pergi better pergi sebelah malam la. Sampai sana dalam pukul 7.30 @ 8.00 malam. Then boleh pergi masuk snowalk dulu.

   3.  Aktiviti
  • Snowalk yang sangat sejuk (suhu <5 Degree Celcius) :                           Entrance With MyKad - Dewasa RM 25, Kanak-kanak <3 tahun free je.

  • Mini Fun Fair - Entrance dalam RM 5 and above;
  • Bergambar sekitar pokok berlampu yang banyak dan sangat cantik, Replika haiwan seperti dinosour, gajah, harimau, zirafah, dll yang macam real;
  • Zoo Haiwan yang menempatkan macam2 jenis haiwan spt burung, ular, anaconda, dll.
So, interested x?? Ape lagi, pegila jalan2 kat sana.. hehehe..

Wednesday 7 December 2011

Jejaka Idaman vs Suamiku

Bila teringatkan suamiku yang temberang, tiba-tiba teringat balik ciri-ciri jejaka idaman. Bila kenang-kenangkan balik, ciri-ciri tu sentiasa diperbaharui mengikut keadaan dan keperluan semasa. Plus, ciri-ciri tu ada pada suami tercinta. Tak percaya?? Ok, go through this blog:-

1996
  1. Berkulit cerah;
  2. Sedap mata memandang;
  3. Tidak merokok.
2001
  1. Kelakar; 
  2. Berkulit cerah;
  3. Sedap mata memandang;
  4. Tidak merokok;
  5. Caring - sebab saya seorang yang manja. 
2002 - 2007
  1. Kelakar; 
  2. Berkulit cerah;
  3. Sedap mata memandang; 
  4. Tidak merokok;
  5. Caring;
  6. Tinggi - boleh sembunyi belakang dia;
  7.  Chinese Look - terpengaruh cerita Meteor Garden : oh Jerry F4.
2008 - 2009
  1. Kelakar; 
  2. Berkulit cerah;
  3. Sedap mata memandang; 
  4. Tidak merokok;
  5. Caring;
  6. Tinggi;
  7. Chinese Look;
  8. Berfikiran Matang;
  9. Mempunyai karier tersendiri;
  10. Boleh mengawal kedegilan saya.
Disember 2009 - Bertemu semula dengan classmate masa tingkatan 2 : Shahrizan bin Jamaludin. Masa ni dia hanya memenuhi 4 kriteria yang pertama.

12 April 2010 - Tarikh keramat kami bersetuju untuk menjadi pasangan kekasih. Masa ni, kriteria 5 dan 6 pulak terserlah.

8 Ogos 2010 sehingga 28 Mei 2011 (Tarikh pertunangan sehingga tarikh pernikahan kami) - Tempoh ini cukup untuk saya kenalpasti yang suami saya mempunyai kriteria 8 hingga 10.

Mesti korang tertanya-tanya adakah suami saya memenuhi kriteria yang ke 7 kan??
Jawapannya ialah ya, suami saya memang mempunyai wajah Chinese Look. Kesimpulannya, suami saya memang memenuhi kriteria-kriteria yang diidamkan oleh saya. Alhamdulillah.. Okla, adios..

p/s : Kriteria ini merupakan kriteria terakhir yang dapat dikesan oleh saya setelah beberapa bulan berkahwin. Maklumla, masa bercinta malu-malu nak tenung lama-lama kan.. Hahaha..