LOVE AFFAIRS

LOVE AFFAIRS

Wednesday 7 December 2011

Jejaka Idaman vs Suamiku

Bila teringatkan suamiku yang temberang, tiba-tiba teringat balik ciri-ciri jejaka idaman. Bila kenang-kenangkan balik, ciri-ciri tu sentiasa diperbaharui mengikut keadaan dan keperluan semasa. Plus, ciri-ciri tu ada pada suami tercinta. Tak percaya?? Ok, go through this blog:-

1996
  1. Berkulit cerah;
  2. Sedap mata memandang;
  3. Tidak merokok.
2001
  1. Kelakar; 
  2. Berkulit cerah;
  3. Sedap mata memandang;
  4. Tidak merokok;
  5. Caring - sebab saya seorang yang manja. 
2002 - 2007
  1. Kelakar; 
  2. Berkulit cerah;
  3. Sedap mata memandang; 
  4. Tidak merokok;
  5. Caring;
  6. Tinggi - boleh sembunyi belakang dia;
  7.  Chinese Look - terpengaruh cerita Meteor Garden : oh Jerry F4.
2008 - 2009
  1. Kelakar; 
  2. Berkulit cerah;
  3. Sedap mata memandang; 
  4. Tidak merokok;
  5. Caring;
  6. Tinggi;
  7. Chinese Look;
  8. Berfikiran Matang;
  9. Mempunyai karier tersendiri;
  10. Boleh mengawal kedegilan saya.
Disember 2009 - Bertemu semula dengan classmate masa tingkatan 2 : Shahrizan bin Jamaludin. Masa ni dia hanya memenuhi 4 kriteria yang pertama.

12 April 2010 - Tarikh keramat kami bersetuju untuk menjadi pasangan kekasih. Masa ni, kriteria 5 dan 6 pulak terserlah.

8 Ogos 2010 sehingga 28 Mei 2011 (Tarikh pertunangan sehingga tarikh pernikahan kami) - Tempoh ini cukup untuk saya kenalpasti yang suami saya mempunyai kriteria 8 hingga 10.

Mesti korang tertanya-tanya adakah suami saya memenuhi kriteria yang ke 7 kan??
Jawapannya ialah ya, suami saya memang mempunyai wajah Chinese Look. Kesimpulannya, suami saya memang memenuhi kriteria-kriteria yang diidamkan oleh saya. Alhamdulillah.. Okla, adios..

p/s : Kriteria ini merupakan kriteria terakhir yang dapat dikesan oleh saya setelah beberapa bulan berkahwin. Maklumla, masa bercinta malu-malu nak tenung lama-lama kan.. Hahaha..

No comments:

Post a Comment