LOVE AFFAIRS

LOVE AFFAIRS

Wednesday 25 September 2013

Assalamualaikum.......

Alhamdulillah.. First of all, bersyukur kepada Allah S.W.T di atas segala nikmat yang diberikan. Lama sudah tidak menge'post'.. Dek kerana kekangan masa dan tugas yang bertimpa-timpa.. Well, what to write ye?? Jadi ustazah jap la hari ni memandangkan hari ni dapat gaji.. hehe..

Sedikit flashback, i've start my work as Admin Exec cum Personal Assistant to the GM in June 2008 - June 2009. Masa ni, gaji takla besar mane pun tapi until today i'm still wondering how can i survive with that little salary?? Bukanla kata tak pernah dibantu tetapi boleh dikira la jumlah 'mintak nyawa' kat orang tu..

Jun 2009 until now, i work as Admin Officer (Assistant Registrar) yang gajinya boleh tahan. Alhamdulillah..... But still, my wonders didn't come into conclusion until one day, jeng jeng jeng.... Keep on reading ye kengkawan......

Ada satu ceramah yang berkaitan berbuat baik kepada ibu bapa. Bila dengar je ceramah ni, terus rasa seperti segala soalan yang bermain di fikiran selama ni terjawab sudah. Antara kandungan ceramah tu ialah banyak kebaikan yang akan diperolehi bila seorang anak berbuat baik (IHSAN) kepada kedua ibu bapanya. The one that i want to highlight is this:-

"Bila seorang anak menyenangkan hati dan fikiran kedua ibu bapanya, Insyallah akan dipermudahkan segala urusannya, berkat doa dari kedua ibu bapanya"

Salah satu amalan yang selalu diamalkan sejak mula bekerja adalah saya tidak pernah lupa untuk memberikan wang belanja kepada kedua ibu bapa saya. Tidak kiralah berapa yang diberi, yang penting keikhlasan dan ingatan terhadap mereka adalah lebih berharga. Ibu bapa saya tidak pernah meminta apa-apa daripada anak-anaknya dan saya percaya semua ibu bapa di dunia ini sama seperti itu. Walaupun begitu, kesedaran saya sebagai anak yang membuatkan saya mengganggap perkara ini sebagai kewajipan dan tanggungjawab saya.

Sehingga sekarang, saya dapat merasakan keredhaan dan ketenangan yang diinginkan berkat saya berbuat demikian. Percayalah, kita akan nampak sinar kebahagiaan terpancar di wajah ibu bapa kita tatkala kita menghulurkan wang belanja tersebut. Perkara yang sama telah saya tekankan kepada mereka yang ada disekeliling saya kerana saya mahu berkongsi kebahagian tersebut.

 p/s : Kepada kawan-kawan yang belum mengamalkan, silalah berbuat demikian ye.. Insyallah, anak-anak kita nanti akan berbuat yang sama pada kita pada masa akan datang.. Mudah-mudahan...



No comments:

Post a Comment